BERSAMA KAMI JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR

Friday 9 September 2011

Kinabalu Challenge 2011

Pada 10 hingga 16 September, Jabatan Pengajian Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia telah mengadakan satu program kebangsaan iaitu Program ‘Cabaran Kinabalu JPP KPTM 2011’.
Seramai 3 peserta dan 1 pengiring daripada Politeknik Premier Johor Bahru telah mengikuti program tersebut. Antaranya ialah :
  
Nama Peserta
No Pendaftaran
Mohammad Syahmim Bin Shahperi
09DRG10F1046
Muhammad Azren Bin Zabidi
09DRI10F1041
Zahiruddin Bin Yazid
09DKE09F1124

Nama Pengiring
Jawatan
Tuan HJ. Abd AZIZ BIN TALIB
Pegawai Hal Ehwal Pelajar DH44


Kami menggunakan penerbangan Air Asia dan tempoh perjalanan kami dari Lapangan Terbang Senai ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu mengambil masa selama 2 jam 15 minit.
Setibanya disana, kami disambut oleh jemputan daripada Politeknik Kota Kinabalu dan terus menuju ke penginapan kami iaitu Kolej Kediaman Politeknik Kota Kinabalu. Seterusnya , pada waktu malam kami telah diberi taklimat mengenai program keselamatan dan disiplin .
Peserta untuk Cabaran Kinabalu ini telah diagihkan kepada 3 kumpulan kecil yang dianggarkan dalam 60 orang peserta termasuklah para pengiring setiap politeknik yang terlibat. Program ini telah disertai oleh setiap wakil daripada pelbagai politeknik seluruh Malaysia. Kami telah ditempatkan di Kumpulan yang Pertama.

Ahad, 11 September 2011 , kami telah dibawa ke Hot Spring iaitu destinasi pertama kami sebelum sampai ke tempat penginapan sementara untuk ekspidisi  pendakian Gunung Kinabalu. Kami diberi masa selama 2 jam di tempat tersebut. Sewaktu kami berada di Hot Spring kami telah menaiki jambatan Conopy dan mencuba kolam air panas yang disediakan. Pelbagai konsep dan kebudayaan yang kami pelajari sewaktu  kami disitu.

Pengambaran bersama wakil daripada PMK & POLIMAS
Jambatan Conopy Di Hot Spring


Seterusnya, kami telah meneruskan perjalanan menaiki bas yang telah disediakan ke Mesilau dan terus membuat pendaftaran serta persiapan diri sebelum pendakian Gunung Kinabalu pada keesokan harinya. Kami telah diberi tempat penginapan sementara dan pada waktu malamnya pula kami telah diberi taklimat pendakian Gunung Kinabalu oleh ‘Ranger’/ ‘ Guide’ yang berada disana.



    
Pengambaran sewaktu tiba di Mesilau

Isnin  - 12 september 2011, Pendakian ke Puncak Gunung Kinabalu telah dimulakan pada pukul 8.00 pagi. Destinasi pertama kami ialah Laban Rata dan jarak Laban Rata dari Mesilau ialah 6.5 kilometer. Perjalanan kami ke Laban Rata mengambil masa selama 8 jam (4.00 petang). Pelbagai rintangan dan cabaran yang kami hadapai sewaktu perjalanan ke Laban Rata. Laban Rata merupakan satu ‘check point’ di pertengahan puncak . Pendakian kami tidak lah secara terus menerus dari Mesilau Ke puncak kerana jarak dan tempoh masanya terlalu lama dan jauh. Oleh itu kami telah diarahkan untuk berehat seketika di Laban Rata sehingga jam 2 pagi. Sewaktu di Laban Rata kami telah menikmati pelbagai keindahan alam semulajadi yang ada di Kota Kinabalu. Persiapan tempat rehat serta makanan telah diuruskan oleh pihak pengurusan Program Cabaran Kinabalu ini.
Sewaktu berada di Laban Rata (12*c)
Setibanya jam 2.00 pagi (13 September 2011)  kami meneruskan perjalanan menuju ke puncak Gunung Kinabalu( Low’s Peak) dan jarak puncak tersebut dari Laban rata sejauh 2.7 kilometer. Walaupun jarak perjalanan ke puncak berbeza dari perjalanan dari Mesilau ke Laban rata, kami turut mengambil masa selama 4 jam kerana perjalanan tersebut terpaksa ditempuhi dengan menggunakan jalan bukit yang berliku-liku serta tinggi. Waktu dan suhu dibawah 7*C turut mempengaruhi perjalanan kami. Kami telah mempersiapkan terlebih dahulu peralatan serta kelengkapan diri yang sesuai serta tebal untuk pendakian ke puncak ini.














Sewaktu berada pada kilometer 7.5                  Sewaktu berada berhampiran dengan puncak
Sewaktu Berada Di Puncak (Low's Peak)


Selepas puas berada di puncak (Low’s Peak) kami meneruskan semula perjalanan turun ke Laban Rata dengan menggunakan jalan yang sama . Kami sampai semula di Laban Rata pada jam 9.00 pagi, dan kami terus mempersiapakan barang-barang kami untuk dibawa turun ke Timpohon.
Selasa -  13 September 2011,  kami meneruskan perjalanan turun kebawah dengan menggunakan jalan serta jarak yang berbeza daripada jalan yang kami mula naiki. Jalan tersebut dipanggil ‘Timpohon Gate’ iaitu ‘check point’ kedua penurunan selain daripada Mesilau. Jarak dari Laban Rata ke Timpohon sejauh 4.5 kilometer dan perjalanan turun ke timpohon lebih mencabar kerana kami terpaksa menempuh jalan serta bukit yang curam. Walaupun jarak nya dekat, tapi perjalanan yang kami hadapi agak sukar. Setibanya di Timpohon, kami telah dibawa ke Restoran Makanan yang berhampiran dengan Timpohon.
Seterusnya, kami telah bertolak pulang semula ke Politeknik Kota Kinabalu untuk istirehat serta persiapan diri.
                           Bukit yang dikenali dalam wang kerta Rm1                             Pemandangan yang sempat dirakam.
Sewaktu perjalanan dari Timpohon Ke Restoran.

Rabu – 14 September 2011, kami telah meneruskan aktiviti kami seterusnya iaitu aktiviti di Pulau Manukan. Penyediaan bas yang tepat pada waktunya menjadi salah satu faktor aktiviti kami berjalan dengan lancar. Tempoh masa yang diambil dari Politeknik Kota Kinabalau hingga Jesselton ialah 30 minit.Jesselton merupakan jeti penungguan bot dimana kita perlu menaikinya dan terus pergi ker Pulau Manukan. Manakala, perjalanan dari Jesselton hingga ker Pulau Manukan mengambil masa 15 minit.
          
    Di hadapan pintu gerbang Jesselton                            Sewaktu tiba di Pulau Manukan
Setibanya kami disana, kami telah diberikan peralatan ‘snorkeling’ serta sedikit taklimat mengenai  aktiviti dan perjalanan tersebut.
Tempoh masa yang diberikan sewaktu berada di Pulau Manukan ialah selama 6 jam bermula pada 8.00 pagi hingga 2.00 petang.
Peluang yang diberikan tidak disia siakan dengan begitu sahaja, malah kami turut mengambil beberapa keeping gambar sebagai kenangan di Pulau Manukan. Selepas tempoh yag diberikan sewaktu disana tamat, kami telah digerakkan semula ke Jeti Jesselton dengan menaiki bot yang sama. Akibat terlalu lama dengan aktiviti ‘snorkeling’ sewaktu di Pulau Manukan, kami keletihan dan kami terus dibawa pulang ke Politeknik Kota Kinabalau untuk berehat.




Khamis – 15 september 2011, hari ini merupakan hari terakhir bagi kami menjalani aktiviti di Kota Kinabalau dalam Program Cabaran Kinabalu JPP KPTM 2011. Terlalu cepat masa berlalu sehingakan kami tidak merasakan bahawa sudah 5 hari kami berada disana.
Aktiviti yang terakhir  bagi kumpulan kami dalam program ini ialah  melawat sekitar Bandaraya Kota Kinabalu. sewaktu di Politeknik Kota Kinabalu, kami telah menaiki bas yang telah disediaka dan kami dibawa serta diturun kan di tengah-tengah Bandar Kota Kinabalu. aktiviti tersebut diberi masa selama 6 jam yang bermula dari 8.00 pagi hingga ke 4.00 petang.
                               Bersebelahan dengan Pasar Philiphine serta membelakangkan Jesselton
Kumpulan kami tidak melepaskan peluang yang ada dengan melawati tempat2 ang menarik sewaktu di Bandar tersebut. Kami juga diperkenalkan dengan Pasar Philiphine dimana ia merupakan tempat borongan cenderhati.
Apabila jam menujukkan jam 4 petang, kami telang pulang semula ke Politeknik Kota Kinabalu untuk membuat persiapan diri  ke majlis penutupan pada sebelah malamnya.


Pada jam 7.00 malam, Majlis Penutupan Program Cabaran Kinabalu JPP KPTM 2011 telah dilangsungkan dengan kehadiran ramai tetamu terhormat.
                Ketibaan Tetamu Kehormat Ke Majlis Penutupan
Majlis penyampaian sijil penghargaan telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah JPP KPTM. Kami bersa sangat bangga kerana telah dihadiakan dengan sijil penghargaa tersebut. Tidak sia-sia pengorbanan serta keletihan yang kami rasai sewaktu perjalanan menaiki Gunung Kinabalu tempoh hari. Berakhirnya majlis penutupan tersebut maka berakhir lah aktiviti serta program kami di Program Cabaran Kinabalu JPP KPTM 2011 tersebut.
          
          Bersama Sijil-sijil penghargaan masing-masing        Bersama tetamu kehormat sewaktu majlis              
                                                                                                                              Penutupan



Kinabalu Challenge 2011 yang telah disertai oleh beberapa exco Jawatankuasa Perwakilan Pelajar iaitu Muhammad Azreb bin Zabidi, Mohammad Syahmim bin Syahferi dan Zahiruddin. Penyertaan ini berlaku selmaa 3hari 2 malam yang mendaki Gunung Kinabalu, Sabah.

Dari kiri : Muhammad Azren, Mohammad Syahmim dan Zahiruddin

Peserta Gunung Kinabalu Challenge 2011 bergambar di tempat penginapan

Berada di puncak Gunung Kinabalu. Begitulah harapan JPP yang tinggi dalam menyediakan  yang terbaik kepada mahasiswa politeknik

Bersedia untuk mendaki gunung Kinabalu, Sabah

Peserta bergamabar di Mesilau Nature Resort dengan penuh ceria

Keadaan sejuk di pertengahan puncak gunung tidak melunturkan semangat untuk terus mendaki ke puncak. Semangat peserta berkobar-kobar dlaam mendaki puncak gunung


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...