BERSAMA KAMI JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR

Inilah kami JPP versi Jun 2011

Carta Organisasi Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi Jun 2011

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi Jun 2011 terbentuk setelah berlakunya Pilihanraya Kampus yang berlangsung pada 20 Jun 2011 di Dewan Serbaguna, PJB. Rentetan dari Pilihanraya ini memberi ilmu kepada mahasiswa berkenaan proses pengundian. Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) pada kali ini telah meneruskan barisan pimpinan sebelum ini tetapi dengan membawa misi dan visi terbaru  untuk menjadi pemangkin utama memperkasakan kualiti dan hak kebajikan mahasiswa dalam usaha membangunkan mahasiswa Politeknik Premier Johor Bahru di bawah pimpinan julung-julung kalinya seorang perempuan iaitu YDP Nur Amirah Izzati yang dibantu oleh NYDP Mohd Qamarulnasri bin Damni

Rasulullah SAW juga berpesan kepada umat perlunya ada kalangan mereka yang menjadi pemimpin dalam sesebuah organisasi atau masyarakat demi melaksanakan amal makruf dan mencegah kemungkaran.

Slogan terbaru JPP ialah "Kesatuan Pemikiran Ke Arah Kecermelangan Barisan Pimpinan" yang membawa maksud tersirat dan tersurat. Hal ini mengajak barisan kepimpinan kali ini untuk menyatukan pemikiran ke arah kepimpinan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. 

Kepakaran, kemahiran serta perwatakan peribadi mempengaruhi corak kepemimpinan dan menentukan jatuh bangun sesebuah negara.

Sebagai pemimpin yang dipilih, hendaklah sedar dan insaf bahawa tugasan ini satu taklif bukannya tasyrif. Ingatlah, mengkhianati amanah kepemimpinan adalah dosa besar yang akan menerima hukuman Allah di akhirat nanti.



Visi dan Misi Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi Jun 2011


   Montaj Barisan Kepimpinan JPP PPJB Jun 2011

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...