BERSAMA KAMI JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR

Pilihan Raya Kampus

Keputusan Pilihanraya Kampus bagi calon-calon kerusi umum

Pilihanraya Kampus PJB pada 20 Julai 2011 memberi kekuatan kepada barisan kepimpinan dimana ia dipilih dari kalangan pelajar. Seramai 14 orang bertanding dalam kerusi umum namun hanya 4 orang terpilih dalam membentuk Majlis Tertinggi Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi Jun 2011. Rezeki menyebelahi saudara Qamarul yang telah memenangi kerusi umum dengan undian 600 yang tidak jauh bereza berbanding pemenang kerusi kedua iaitu saudari Amirah.Bagi kerusi jabatan JKM amat memberi saingan tinggi apabila 18 orang menyertai untuk bertanding dan dimenangi undian tinggi oleh saudara Ahmad Taufiq. Seterusnya jabatan JKE mampu megadakan pilihanraya apabila 7 orang yang ikut serta. Hanay 6 orang yang akan dipilih dan undian menyebelahi saudara Ihsan Fikri. Selain itu, jabatan JPH dan JRKV tidak mengadakan pilihanraya  kerana hanya 6 orang yang bertanding. Walaupun menang tanpa bertanding, berdasarkan latarbelakang kepimpinan mereka yang baik, insyaAllah mereka mampu bersatu hati dalam membentuk kesatuan pemikiran kepimpinan pelajar kali ini.

Sebagai renungan :

Sebagai pemimpin yang dipilih, hendaklah sedar dan insaf bahawa tugasan ini satu taklif bukannya tasyrif. Ingatlah, mengkhianati amanah kepemimpinan adalah dosa besar yang akan menerima hukuman Allah di akhirat nanti.


Selepas pilihanraya kecil berlaku bagi pemilihan majlis tertinggi JPP, maka Nur Amirah Izzati binti Razali memegang amanah sebagai Yang Dipertua dimana julung-julung kalinya wanita memegang pokok kepimpinan JPP. Moga dengan kepimpinan baru ini mentransformasikan JPP terbaru menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang. Seterusnya Amirah dibantu oleh Mohd Qamarulnasri bin Damni ditakrif sebagai Naib Yang Dipertua. eliau telah memenangi Pilihanraya Kampus bagi kerusi umum dengan jumlah mata 600. 

Pemilihan pada masa itu diteruska kepada Setiausaha Kehormat yag telah dipertanggungjawabkan
kepada Ahmad Nazmi bin Rahmani da Bendahari Kehormat dipertanggungjawabkan kepada Abdul Hakim bin Omar.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...