BERSAMA KAMI JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR

Saturday 24 September 2011

Apakah itu iman?

Apa itu iman? Apakah kayu pengukur iman seseorang? Apabila anak adam solat 5 kali sehari semalam, berimankah dia??? Iman berjalan seiring dengan akhlak. Tanpa iman, tiadalah akhlak... Tanpa akhlak, mana mungkin seseorang itu mempunyai iman. Layakkah kamu mengatakan kamu Islam dan beriman apabila kamu berjalan di muka bumiNya dengan penuh perasaan angkuh. Angkuh kepada manusia. Dan tanpa sedar kamu juga terlalu angkuh kepadaNya.


Apabila hendak solat, apakah niat yang kamu pasang? Kerana orang lain melihatnya, kerana takut dikutuk masyarakat sekiranya meninggalkan solat, kerana orang lain melakukannya maka kamu turut melakukannya??? Maka sia2lah solat yang bakal kamu kerjakan. Setelah berwudhuk, sudahkah kamu menyucikan hatimu sekali. Sudahkah kamu bersedia untuk menyembah Tuhanmu. Tangan yang kotor dapat dilihat dengan jelas dan boleh pula dicuci. Tetapi hati yang kotor pula bagaimana??? Ketika kamu membaca Umul Kitab Al-Fatihah, apa yang terlintas dibenakmu. Adakah kamu sekadar membaca dan menghafal maknanya. Fahamkah kamu makna sebenar yang terkandung di dalam bacaan. Dan apabila kamu sujud dan dahimu menyentuh sejadah, tiada setitik air matapun yang gugur.Tiada langsung air mata kesal yang jatuh dek kerana sikap mu didunia yang sementara ini. Angkuhnya kamu. Tidak sekali pun kamu mahu menyesali kesilapan. Langsung tidak mahu mengakui kelemahan diri. Lantas bagaimana kamu fikir solatmu diterima. Tidak takutkah kepada siksa selepas mati. Tidak percayakah kamu kepada syurga dan neraka. Balasan itu adalah janjiNya. Maka bersedialah kamu wahai manusia yang tidak beriman dan takbur!

Iman bukanlah sejauh mana kamu mampu berhujjah menegnai hukum, bukan juga setebal mana surah yang kamu hafal, tetapi iman adalah segalanya mengenai hati, bermula dengan menyucikan hati dan merendahkan diri. Barulah iman itu akan subur dan berbunga.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...