BERSAMA KAMI JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR

Friday 22 July 2011

Inilah kami JPP versi Jun 2011


Carta Organisasi Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi Jun 2011

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi Jun 2011 terbentuk setelah berlakunya Pilihanraya Kampus yang berlangsung pada 20 Jun 2011 di Dewan Serbaguna, PJB. Rentetan dari Pilihanraya ini memberi ilmu kepada mahasiswa berkenaan proses pengundian. Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) pada kali ini telah meneruskan barisan pimpinan sebelum ini tetapi dengan membawa misi dan visi terbaru  untuk menjadi pemangkin utama memperkasakan kualiti dan hak kebajikan mahasiswa dalam usaha membangunkan mahasiswa Politeknik Premier Johor Bahru di bawah pimpinan julung-julung kalinya seorang perempuan iaitu YDP Nur Amirah Izzati yang dibantu oleh NYDP Mohd Qamarulnasri bin Damni

Rasulullah SAW juga berpesan kepada umat perlunya ada kalangan mereka yang menjadi pemimpin dalam sesebuah organisasi atau masyarakat demi melaksanakan amal makruf dan mencegah kemungkaran.

Slogan terbaru JPP ialah "Kesatuan Pemikiran Ke Arah Kecermelangan Barisan Pimpinan" yang membawa maksud tersirat dan tersurat. Hal ini mengajak barisan kepimpinan kali ini untuk menyatukan pemikiran ke arah kepimpinan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. 

Kepakaran, kemahiran serta perwatakan peribadi mempengaruhi corak kepemimpinan dan menentukan jatuh bangun sesebuah negara.

Sebagai pemimpin yang dipilih, hendaklah sedar dan insaf bahawa tugasan ini satu taklif bukannya tasyrif. Ingatlah, mengkhianati amanah kepemimpinan adalah dosa besar yang akan menerima hukuman Allah di akhirat nanti.


Visi dan Misi Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi Jun 2011


   Montaj Barisan Kepimpinan JPP PPJB Jun 2011

Wednesday 20 July 2011

PILIHANRAYA KAMPUS

Keputusan Pilihanraya Kampus bagi calon-calon kerusi umum

Pilihanraya Kampus PJB pada 20 Julai 2011 memberi kekuatan kepada barisan kepimpinan dimana ia dipilih dari kalangan pelajar. Seramai 14 orang bertanding dalam kerusi umum namun hanya 4 orang terpilih dalam membentuk Majlis Tertinggi Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi Jun 2011. Rezeki menyebelahi saudara Qamarul yang telah memenangi kerusi umum dengan undian 600 yang tidak jauh bereza berbanding pemenang kerusi kedua iaitu saudari Amirah.Bagi kerusi jabatan JKM amat memberi saingan tinggi apabila 18 orang menyertai untuk bertanding dan dimenangi undian tinggi oleh saudara Ahmad Taufiq. Seterusnya jabatan JKE mampu megadakan pilihanraya apabila 7 orang yang ikut serta. Hanay 6 orang yang akan dipilih dan undian menyebelahi saudara Ihsan Fikri. Selain itu, jabatan JPH dan JRKV tidak mengadakan pilihanraya  kerana hanya 6 orang yang bertanding. Walaupun menang tanpa bertanding, berdasarkan latarbelakang kepimpinan mereka yang baik, insyaAllah mereka mampu bersatu hati dalam membentuk kesatuan pemikiran kepimpinan pelajar kali ini.

Sebagai renungan :

Sebagai pemimpin yang dipilih, hendaklah sedar dan insaf bahawa tugasan ini satu taklif bukannya tasyrif. Ingatlah, mengkhianati amanah kepemimpinan adalah dosa besar yang akan menerima hukuman Allah di akhirat nanti.


Selepas pilihanraya kecil berlaku bagi pemilihan majlis tertinggi JPP, maka Nur Amirah Izzati binti Razali memegang amanah sebagai Yang Dipertua dimana julung-julung kalinya wanita memegang pokok kepimpinan JPP. Moga dengan kepimpinan baru ini mentransformasikan JPP terbaru menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang. Seterusnya Amirah dibantu oleh Mohd Qamarulnasri bin Damni ditakrif sebagai Naib Yang Dipertua. eliau telah memenangi Pilihanraya Kampus bagi kerusi umum dengan jumlah mata 600. 

Pemilihan pada masa itu diteruska kepada Setiausaha Kehormat yag telah dipertanggungjawabkan
kepada Ahamd Nazmi bin Rahmani da Bendahari Kehormat dipertanggungjawabkan kepada Abdul Hakim bin Omar.

Monday 4 July 2011

Minggu Suai Kenal sesi Jun 2011


Ibubapa menolong anak-anak ketika pendaftaran Minggu Suai Kenal Jun 2011

Pelajar yang baru melapor diri membuat gotong-royong dan slot mengenali sekitar politeknik

Bersenam, bersukan, menari poco-poco antara aktiviti permulaan minggu suai kenal


Bendahari program Minggu Suai Kenal Jun 2011, Nur Amalina bt Azlan

Sukarelawan JPP memberikan kerjasama yang baik dalam aktiviti senaman

Add caption

Sukarelawan sentiasa membantu, bergambar beramai-ramai di Dewan Serbaguna  PPJB

Pengenalan diri dari petugas sukarelawan Minggu Suai Kenal Jun 2011

Bergambar beramai-ramai di dalam Dewan Serbaguna PPJB

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...