Assalamualaikum w.b.t Ramadhan dah kunjung tiba, perkongsian kelebihan solat terawih. Semoga kita dapat sama-sama menunaikan ibadah ini dengan taqwa dan keimanan. Jom sama-sama kita renung, perhatikan dan lihat kelebihan-kelebihan Allah s.w.t. sediakan untuk hambaNya di sepanjang bulan Ramadhan .
Malam Pertama
Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.Malam Ke 2:
Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang tarawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).
Malam Ke 3:
Berseru Malaikat di bawah ‘Arasy’ supaya kami meneruskan sembahyang tarawih terus-menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.
Malam Ke 4:
Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Malam Ke 5:
Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.
Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam menentang musuh ketatnya Fi’raun dan Hamman.
Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.
Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhamad S.A.W.
Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan akhirat.
Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.
Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).
Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.
Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang tarawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.
Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakan supaya Allah mengampunkan.
Allahsubhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.
Allah kurniakan orang yang bertarawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
Seru Malaikat: Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).
Allah Subhanahuwataala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
Allah kurniakan kepadanya pahala sekalian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.
Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.
Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Mahsyar).
Allah SWT binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.
Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang bertarawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).
Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur.
Allah kurniakan kepada orang bertarawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.
Allah kurniakan orang bertarawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Siratolmustaqim seperti kilat menyambar.
Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.
p/s : Moga Ramadhan tahun ini membawa seribu makna ntuk semua. insyallah~ amin.
No comments:
Post a Comment